SEJARAH MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

1997

...
...
Maahad Tahfiz Kiblah merupakan sebuah Institusi swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agaman Islam Selangor JAIS bahagian Pendidikan dan pelajaran ,yang telah diberi pendaftaran dibawah enakmen no.2 tahun 1988 telah didaftarkan pada 1/1/1997 no pendaftran : S(010197) dan no pendaftran terbaru : JLD 22 (92) Kod sekolah bzh9001 dengan nama : MAAHAD TAHFIZ KIBLAH dan alamat pertama pendaftaran pertama di Lot 3690-1 jalan Tok Dagang Sungai Merab jaya,Bangi , 43000 hulu langat Selangor dan alamat sekarang Lot 30774, lorong Sentosa,jenderam hulu,bukit unggul 43800 Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Pengerusi partamanya ialah Tan Sri Ainuddin Bin Wahid dan pengurusi sekarang Tan Sri Hashim bin Meon, Majlis perasmian Maahad Tahfiz Kiblah yang pertama disempurnakan oleh Syeikh Muhammad Abdul Kadeer Mandiliy (Seorang ulama Melayu yang mengajar di Masjidil Haram Makkah al-mukarramah )dan Syeikh Sulaiman As Saloomi (salah seorang dari mufti masjidil haram Makkah ). Kedua-duanya adalah antara pengasas kepada penubuhan Sekolah Kiblah. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat seorang guru tahfiz sahaja, Ust Wan Hafiz bin wan Ibrahim dan 15 orang pelajar.

2013 - 2014

...
...
Setelah menempuh berbagai ranjau dan cabaran dengan menyewa bangunan lama yang usang pernah dilanda banjir ,terbakar asrama dan lain-lain , Maahad Tahfiz Kiblah berlabuh ke destinasinya yang sekarang ditanah dan bangunan sendiri hasil dari hasil sumbang dari Raja Qatar. Bangunan ini Terletak di Jenderam Hulu bersebelahan Bukit Unggul dan Nur Bukit Unggul, di situlah Kompleks Pendidikan YAKIN yang menempatkan Institusi-intitusi Pendidikan kiblah seperti : Sekolah Kiblah ( lelaki dan perempuan ), Maahad Tahfiz Kiblah ( lelaki dan perempuan ), Kolej Profesional Kemahiran Kiblah dan Pusat Bahasa ( dalam perancangan ). Tempat ini telah pun beroperasi pada tahun 2013 apabila Maahad Tahfiz Kiblah mendudukinya buat kali pertama.

Pada penghujung tahun 2020, pihak pengurusan Kiblah sekali lagi bergerak maju kehadapan dengan penumbuhan kolej profesional Kemahiran kiblah / Vokasional sebagai satu nilai tambah kepada Maahad tahfiz Kiblah dengan menawarkan kursus pengajaran tahfiz ,pengurusan tahfiz dan pengurusan masjid . dan kolej ini diiktiraf sebagai pusat bertauliah Yang boleh mempersijilkan pelatih dengan Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Alhamdulillah, Januari 2021, hasrat ini terlaksana apabila Sekolah Kiblah berjaya melaksanakan program ini dengan pengambilan pelajar pertama seramai 17 orang.