بسم اللّه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

SELAMAT DATANG KE PORTAL MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya laman web rasmi Kumpulan Pendidikan Yakin-Kiblah telah berjaya ditubuhkan dan dilancarkan dengan jayanya. Kami menjemput anda untuk menjelajahi laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua entiti di bawah Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).

Maahad Tahfiz Kiblah (MTK) merupakan salahsatu dari Kumpulan Pendidikan Yakin-Kiblah ,dengan Tuan/puan melayari laman web ini anda semua akan akan mengetahui lebih lanjut maklumat Maahad Tahfiz Kiblah ,dari sejarah penumbuhannya, bahagian pentadbiran dan pengurusan, tenaga pengajar, kurikulum dan sistem pendidikan, pentarbiyahan, program dan aktiviti, maklumat terkini, pendaftaran dan lain-lain.

Maahad Tahfiz Kiblah (MTK) sedang berusaha keras melahirkan HUFFAZ yang berkualiti, cemerlang dan professional dalam pelbagai bidang,samada dari segi ilmu agama, akademik, ko-kurikulum, keperibadian diri, akhlak, kemahiran insaniah, dan sebagainya.

Kami mengalu-alukan sokongan, sumbangan dan pandangan daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari portal rasmi Maahad Tahfiz Kiblah untuk dapatkan maklumat berkaitan dan diharapkan tuan/puan dapat mengunjunginya lagi pada masa hadapan,
Wassalam.

Berilmu. Berakhlak. Berwawasan

Ramadhani Ali Murtala
Mudir Maahad Tahfiz Kiblah
MAAHAD TAHFIZ KIBLAH