AGENDA DAN MATLAMAT MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
AGENDA MTK
- Pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
- Penerapan aqidah yang benar serta membina dan memupuk semangat berakhlak mulia/ sahsiah Islamiah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
- Pentarbiyahan dan penghayatan islam untuk melahirkan ummah berakhlaq mulia yang berteraskan Al-quran.
- Pengurusan yang sistematik dan berkualiti serta professional
- Ke arah one stop center bagi hafazan Al-quran dan pusat rujukan masyarakat dibidang Al-quran, Bahasa arab, dan ilmu agama dengan sistem pendidikan holistik
MATLAMAT UMUM MTK
- Melahirkan pelajar yang soleh dan solehah.
- Membekal serta memantapkan ilmu dunia dan akhirat.
- Memartabatkan kurikulum hafazan Al-quran, kurikulum Agama dan akademik yang seimbang yang mampu dikuasai oleh pelajar
- Menilai serta merealisasikan amalan yang seimbang
- Meningkat dan mengekalkan pencapaian tertinggi dalam bidang pendidikan serta pengurusan dan pentadbiran.
MATLAMAT KHUSUS MTK
- Melahirkan ramai huffaz yang professional dan kompeten serta menguasai ilmu Al-Qur’an dengan baik .
- Memastikan pelajar dapat menghafal Al-quran dengan mutqin sekurang-kurangnya 10 juzuk semasa tingkatan 3.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri yang islamik.
- Meningkatkan daya kreativiti dan bakat pelajar.
- Mendapat keputusan cemerlang pada setiap peperiksaan.
- Melatih pelajar-pelajar menunaikan amalan fardhu dan sunat dengan betul secara istiqamah
- Melahirkan pelajar-pelajar yang berkeyakinan tinggi, berkepimpinan, berdisiplin dan bermoral tinggi
- Melahirkan pelajar yang mematuhi dan setia akan segala perintah Allah SWT dan RasulNya.