FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Kiblah. Berkeyakinan penuh bahawa setiap individu mampu mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui pentarbiyahan ilmu serta nilai-nilai murni berorientasikan Al-Quran dan Sunnah Rasul ke arah pembentukan cendekiawan Islam serta pemimpin masyarakat yang profesional, dinamik, berintegriti, berdikari, berinovatif, berketrampilan dan berwawasan seterusnya berupaya mengembangkan potensi diri serta ilmu dalam membangunkan agama, negara dan masyarakat.
VISI
Melahirkan Huffaz Professional, berketrampilan dan bertaraf Dunia yang diridha Allah S.W.T, selaras dengan matlamat Pendidikan Negara.
MISI
1. Melahirkan huffaz Profesional yang amanah dan komited terhadap hafazan al-Quran serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.
2. Mengintegrasi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang tahfiz, agama dan akademik.
3. Membangun generasi pelapis kepimpinan ummah yang professional, berketrampilan dan berakhlak mulia berpandukan Al-quran dan As-sunnah.
4. Menjadi rujukan masyarakat dalam bidang Al-quran.
5. Melahirkan huffaz yang cemerlang dan gemilang dalam berbagai bidang.
6. Mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran yang kondusif untuk menghafal Al-Quran